Friday, April 23, 2010

Tuesday, October 20, 2009

Kopratasa

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Thursday, October 1, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Ya Allah......Dengarlah Rintihan kami ini......


Knpentah semalam aku penat sgt smpai tertido dpn tv masa tgk berite.Tp aku rasa bukan penat lah.Kalo nak kata penat,ari2 aku penat.Tp xla smpai tertido awl sgt.Aku rasa ni mesti psl KECEWA.
KECEWA sebab tahun ni XDER BONUS. Bodoh punya pemimpin.Ko kalau tau rakyat ni perlukan duit dlm masa raya mcm ni,ko xkan wat mcm ni lah. Tp sebab ko xphm,ko wat dono jer.Ini ker namanya rakyat didahulukan!!!!!!!Minta maaf yer wahai pemimpin ckap mcm ni.Tapi dengarlah kerana ini bukan suara hati aku jer tp cnfirm ini adalah sebahagian nya sama dengan suara rakyat lain.

Ko ingat besar sgt ke gaji org professional mcm aku ni. Nak bayar utang punya lah banyak.Aku bukan org yang utang bnda sia2 tp aku utang benda yang xbleh dikira sebagai mmbazir pada aku.Keta,umah,kad kredit,insurans.Utk utang jer dah separuh gaji aku lesap.Ni ke caranya kerajaan nak bantu rakyat.Ni bukan nak bantu,tp nak aniaya rakyat.Korg kan terdiri dpd org cerdik pandai,tp kenapa korg xpandai nak fhm isi hati rakyat golongan rendah dan sederhana mcm kami.Korg ni mmg kejam lah!!!!!

Mmg patut pun rakyat dah xpercaya kat korg.Mereka dah ilang ckit demi ckit percaya kat korg. Lama kelamaan korg akan pegang kaki rakyat dan rayu utk undi korg.Tp pas menang, banyak bnda2 yang menyiksa rakyat korg wat. Brg pun naik skrg.Gaji 2K mcm gaji 1K jer skrg.Sumanya mahal skrg.Aku bersyukur lah jgk masih xpernah rasa kering poket utk belanja tiap minggu TP kesian lah kat org2 yang byk tanggungan dan ada masalah utang yang banyak. Ye lah,kita ni bukannya suma sama nasib idup. Apa lah salahnya, bagilah kami Bonus.Korg kena ingat lah wahai pemimpin, jika korg bagi kitaorg bonus, maka kitorg akan berbelanja lah. Bler belanja banyak, maka ekonomi jugak akan jadi rancak. Cuba lah korg pk, mcm mana lah jadinya ekonomi kita ni bler suma org nak jual itu dan ini, tp yang nak belinya xder. Nampak seronok ke? Nampak syok sendiri adalah....

Banyak benda nak dibeli.Bnyak duit yang nak d pakai...Balik kmpung bukan dekat, pakai minyak banyak...Nak beri duit raya, bukan sket....nak belanja makan keluarga kedua-dua mak bapak lagi, nak bayar utang aku yang cecah rm1200 tu lagi, nak beli kerepek,nak beli buah tangan, nak beli kuih buka lagi.....mcm2 lah sumanya pakai duitttttttttttttttt.................

Lantak lah ko wahai pemimpin. Yang pastinya, hati aku ni masih marah kan korg dan biarlah Allah je yang tau bagaimana rasanya hati ni bler nak beraya tapi duit xcukup.........Ya Allah Berilah kami Rezeki Yang Halal dan diberkati Dan dengan rezeki ini kami dapat gunakan untuk membahagiakan dan menyempurnakan hidup kami dunia & akhirat.Amin Ya Allah Ya Rabbi Ya Ar-Rahman Ya Ar-Rahim

Tuesday, September 8, 2009

S.....A.......Y........A.........N........G.........

S - Syukur atas kurniaan dan peluang yang diberikan oleh Allah dalam rezeki berumahtangga.

A - Ambillah peluang ini dengan melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik

Y - Yakin dengan kemampuan diri dan gunakannya untuk memajukan diri dan keluarga

A - Ambillah nasihat suami sebagai sesuatu yang serius kerana dalam nasihatnya ada harapan

N - Nantikan ganjaran yang baik apabila kamu berbuat baik pada diri sendiri dan orang lain

G - Gagahkan diri kamu kerana ciri ini penting kita semaikan untuk menggapai impian kita

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN


Soalan; saya ada dua soalan;

1 ) Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.


aku nak sgt makan.....


Malaun punya jawer.........
Aku dah teringin sangat nak makan benda alah ni dari mula puasa aritu.