Wednesday, September 9, 2009

Ya Allah......Dengarlah Rintihan kami ini......


Knpentah semalam aku penat sgt smpai tertido dpn tv masa tgk berite.Tp aku rasa bukan penat lah.Kalo nak kata penat,ari2 aku penat.Tp xla smpai tertido awl sgt.Aku rasa ni mesti psl KECEWA.
KECEWA sebab tahun ni XDER BONUS. Bodoh punya pemimpin.Ko kalau tau rakyat ni perlukan duit dlm masa raya mcm ni,ko xkan wat mcm ni lah. Tp sebab ko xphm,ko wat dono jer.Ini ker namanya rakyat didahulukan!!!!!!!Minta maaf yer wahai pemimpin ckap mcm ni.Tapi dengarlah kerana ini bukan suara hati aku jer tp cnfirm ini adalah sebahagian nya sama dengan suara rakyat lain.

Ko ingat besar sgt ke gaji org professional mcm aku ni. Nak bayar utang punya lah banyak.Aku bukan org yang utang bnda sia2 tp aku utang benda yang xbleh dikira sebagai mmbazir pada aku.Keta,umah,kad kredit,insurans.Utk utang jer dah separuh gaji aku lesap.Ni ke caranya kerajaan nak bantu rakyat.Ni bukan nak bantu,tp nak aniaya rakyat.Korg kan terdiri dpd org cerdik pandai,tp kenapa korg xpandai nak fhm isi hati rakyat golongan rendah dan sederhana mcm kami.Korg ni mmg kejam lah!!!!!

Mmg patut pun rakyat dah xpercaya kat korg.Mereka dah ilang ckit demi ckit percaya kat korg. Lama kelamaan korg akan pegang kaki rakyat dan rayu utk undi korg.Tp pas menang, banyak bnda2 yang menyiksa rakyat korg wat. Brg pun naik skrg.Gaji 2K mcm gaji 1K jer skrg.Sumanya mahal skrg.Aku bersyukur lah jgk masih xpernah rasa kering poket utk belanja tiap minggu TP kesian lah kat org2 yang byk tanggungan dan ada masalah utang yang banyak. Ye lah,kita ni bukannya suma sama nasib idup. Apa lah salahnya, bagilah kami Bonus.Korg kena ingat lah wahai pemimpin, jika korg bagi kitaorg bonus, maka kitorg akan berbelanja lah. Bler belanja banyak, maka ekonomi jugak akan jadi rancak. Cuba lah korg pk, mcm mana lah jadinya ekonomi kita ni bler suma org nak jual itu dan ini, tp yang nak belinya xder. Nampak seronok ke? Nampak syok sendiri adalah....

Banyak benda nak dibeli.Bnyak duit yang nak d pakai...Balik kmpung bukan dekat, pakai minyak banyak...Nak beri duit raya, bukan sket....nak belanja makan keluarga kedua-dua mak bapak lagi, nak bayar utang aku yang cecah rm1200 tu lagi, nak beli kerepek,nak beli buah tangan, nak beli kuih buka lagi.....mcm2 lah sumanya pakai duitttttttttttttttt.................

Lantak lah ko wahai pemimpin. Yang pastinya, hati aku ni masih marah kan korg dan biarlah Allah je yang tau bagaimana rasanya hati ni bler nak beraya tapi duit xcukup.........Ya Allah Berilah kami Rezeki Yang Halal dan diberkati Dan dengan rezeki ini kami dapat gunakan untuk membahagiakan dan menyempurnakan hidup kami dunia & akhirat.Amin Ya Allah Ya Rabbi Ya Ar-Rahman Ya Ar-Rahim

Tuesday, September 8, 2009

S.....A.......Y........A.........N........G.........

S - Syukur atas kurniaan dan peluang yang diberikan oleh Allah dalam rezeki berumahtangga.

A - Ambillah peluang ini dengan melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik

Y - Yakin dengan kemampuan diri dan gunakannya untuk memajukan diri dan keluarga

A - Ambillah nasihat suami sebagai sesuatu yang serius kerana dalam nasihatnya ada harapan

N - Nantikan ganjaran yang baik apabila kamu berbuat baik pada diri sendiri dan orang lain

G - Gagahkan diri kamu kerana ciri ini penting kita semaikan untuk menggapai impian kita

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN


Soalan; saya ada dua soalan;

1 ) Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.


aku nak sgt makan.....


Malaun punya jawer.........
Aku dah teringin sangat nak makan benda alah ni dari mula puasa aritu.

Monday, September 7, 2009

Nak Ajar...

Step 1: Klik Transfer dan Continue

Step 2: Klik New 3rd Party
Step 3: Minta TAC, isi semua butir akaun penerima,jumlah amaun,emel ayang dan kenyataan bayaran(Cth: Bayaran Rumah Untuk Bulan Sept). Selepas itu, klik Continue


ISI DENGAN CERMAT. INI MELIBATKAN WANG ANDA!!!!!


Aku nak lepas tnsion!!!


Ari ni ader lega sket tengkuk aku....kenapa yer tgkuk aku sakit jer?????Aku risau lah.Selalu sakit2 skrg.Nak cari ahli utk masukkan bawah bini aku,susahnya!!!!Pening kepala aku ni.Cari sana xnak,cari kat kmpung aku pun org takut. Lagi 2 org jer.Aku cr 1, bini aku cr 1.Tp aku kena kuat dan usaha lagi.Tlg lah sokg aku!!!!!!!!!!!!!!!!

Rasa mcm banyak sgt benda aku nak wat tergendala skrg.Salah aku ker?atau salah orang yang aku harapkan untuk tlg jadikan ianya realiti?Aku rasa dh wat mcm2 utk atur hdup ni jadi satu tapak bina kejayaan dan keselesaan d masa hadapan Tp,kenapa masih ader lagi orang yang masih persoalkan tindakan aku.Kalau nak bercakap dan sanggah aku bleh. Tapi aku mintak supaya cuba ko plak amik tugas aku dan rasa plak bler aku pulak yang persoalkan ko plak.Bagi aku, senang jer.Ko xsetuju ckp ngan aku. Tp, bagilah cadangan ko di mana cdgn tu dapat mengambil kira kebajikan dan kepentingan kedua-dua pihak. Jangan ko cdg benda yang untung ko jer.Xbleh mcm tu.Aku bukan orang bawahan ko.Tp aku ni saper yer????Dia jer bleh jawab.

Banyak kali aku bersabar,bersabar dan terus bersabar.Tapi aku takut tahap kesabaran aku ni akan ilang.Aku ni bukan betul sgt.Aku pernah pukul orang dulu gara-gara aku ilang sabar setelah lebih banyak kali aku bersabar.Sbr fad...sbr fad.Aku xnak guna "power" aku ni.Allah xsuka aku guna "power" tu.

Aku nak duk diam jap dan perhati lagi tindakan dia.Sama ada ko wat tindakan yang bodoh atau bijak. Tindakan bodoh akan rugikan diri ko dan aku,dan tindakan yang baik akan untungkan diri ko dan aku.Moga2 ko pk sebelum bertindak.Hdup ni kalau xtau nak hargai org,jgn lah nak harap orang nak hargai kita.Hdup ni jgk klau xtau nak hormat orang, jgn hrp orang akan hormat kita.Dunia ni kejam jika ko xtau nak menilai,menghargainya dan bertindak pantas.

Fikir2 lah.....Malas aku nak ckp byk2 kalau sumanya apa aku ckp org anggap mcm "angin" je.

Sunday, September 6, 2009

Thursday, September 3, 2009

Tawakkal & Takdir....

Maha suci ALLAH hanya kepada-NYA kita kembali dan memohon perlindungan daripada takdir yang buruk serta pengakhiran yang tidak baik.

Sesungguhnya kita hendaklah berasa bimbang dan takut bahawa kita tidak termasuk di kalangan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah dan kebaikan. Berusahalah meminta dan memohon kepada ALLAH S.W.T tanpa henti dan tangguh supaya dimasukkan ke dalam golongan yang mendapat hidayah dan takdir yang baik.

Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan berhubung dengan masalah takdir ini:

1) Memperbanyakkan doa dan amalan soleh serta meninggalkan maksiat juga melaksanakan apa yang diperintahkan.

Maksudnya:
“Berkatalah TUHANmu, berdoalah (mintalah) kepada AKU, nescaya aku akan tunaikan (makbulkan) bagi kamu (akan permintaan kamu)” - Surah Ghafir: 60.

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.

Hendaklah juga memperbanyakkan amalan soleh seperti sedekah. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Anas bin Malik r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya sedekah itu dapat menyekat kemurkaan al-Rabb (ALLAH)." - Hadis Hasan riwayat Tirmizi no. 664.

2) Bersabar, bersangka baik terhadap ALLAH, mengharap rahmat-NYA dan tidak berputus asa dalam menghadapi segala derita yang menimpa. Diiringi perasaan takut dan harap pada rahmat dan kasih sayang-NYA.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon (berbaik sangka) terhadap ALLAH.” - Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.

Hal ini disebut dalam hadis riwayat Syuhaib r.a yang menyebut bahawa baginda bersabda:
“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya adalah kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka jadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah, maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.” - Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999.

Maksudnya:
“Bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada TUHAN mereka.”- Surah al-Kahfi: 28.

Maksudnya:
“Mintalah kamu pertolongan ALLAH dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya hal itu sangat berat melainkan bagi mereka yang khusyuk.” – Surah al-Baqarah: 45.

3) Bertawakal kepada ALLAH selepas berusaha melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya menurut pertunjuk ALLAH dan rasul serta menyerah kepada takdir ALLAH S.W.T dengan penuh keredhaan dan lapang dada berserta yakin.

Imam Tirmizi r.a meriwayatkan dalam sunannya sebuah hadis daripada Abdullah bin 'Abbas r.a yang berkata: "Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari dan baginda bersabda:Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah ALLAH (pelihara hak-NYA), nescaya ALLAH akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH (taati perintah-NYA dan jauhi larangan-NYA), nescaya engkau akan mendapati DIA akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada ALLAH dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada ALLAH. Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah ALLAH tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan).” - Hadis sahih riwayat Tirmizi no. 2516.

Bahkan dalam hadis lain melalui riwayat Anas bin Malik turut disebut bahawa baginda sentiasa membaca doa:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلىَ الله

Maksudnya:
“Dengan nama ALLAH aku bertawakal hanya kepada ALLAH. ”- Hadis Sahih, riwayat Tirmizi no. 2724.

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH amat mencintai orang-orang yang bertawakal kepada-NYA.” - Surah Ali Imran: 159.

Maksudnya:
“Sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH akan menyediakan baginya jalan keluar (daripada kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka olehnya.” - Surah Thalaq : 2 - 3.

Renungkan lah............Diriku dan dirimu wahai isteriku..............

Wednesday, September 2, 2009

Yang Mana Satu Pilihan Kalbu???


Chaiyokkkkk!!!!!!!!
InsyaAllah

Isteri Solehah Pasti Pelihara 10 Sifat Ini

DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”

Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

Tuesday, September 1, 2009


Harapan & Doa Kami
Kenapa aku suka pergi semayang terawih?????
Ari ni Malam 12 yer (2/9/2009)

Berikut merupakan kelebihan Solat Terawih dari Hari Pertama hingga hari ke tiga puluh :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sesungguhnye kasih sayang ALLAH..pd hamba-NYA x kira banyknya..x t'nilai hebatnya...walaupun kita sering lupa pada DIA...nikmat dan rahmant -NYA..x pernah dia lupa kurniakan pada kita...SEMOGA KITa SENTIASA DI DLM RAHMAT YG ESA...AMIN....

Adakah Berbaloi??????
RM 650

Aku akan cuba buktikan ianya berbaloi.
InsyaAllah

Ni kawan poyo aku:-----

MuQaddimah


Assalamua'alaikum..... & Selamat Sejahtera..........